"" THE ROAD NOT TAKEN: SELAMAT HARI RAYA

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 1 October 2008

SELAMAT HARI RAYA




Sempena hari baik dan bulan baik ini saya memohon izin berehat sebentar untuk bersama keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan untuk bermaaf-mafan sambil bertukar-tukar kenangan - suka dan duka, baru dan lama, di zaman kanak-kanak dan sewaktu diri sedang diburu usia.

Saya amat terhutang budi kepada seluruh surfers dan juga sahabat budiman. Tanpa anda, 'the road not taken.blogspot' pastinya akan terus terkial-kial mencari ruang dan wibawa di alam siber. Jutaan terima kasih, penghargaan dan sanjungan daripada saya untuk anda sekalian.

Dan, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, saya serta keluarga memohon jutaan maaf dan ampun kepada surfers budiman, handai-taulan, sanak-saudara dan kaum-keluarga seluruhnya.

Selamat Hari Raya Mak, Mak Ni, Pakcik Mi, WZ, Ijat, Che Bad, Che Yah, Che Zu, Lina, Ayu, Mardhiah, Timmy, Maryam, Mat, Lid, Lah, Abbas & Farah. Maaf Zahir dan Batin.

::Kad Ucapan Raya Percuma

No comments: