"" THE ROAD NOT TAKEN: Kenapa mati hari Jumaat?

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 25 July 2008

Kenapa mati hari Jumaat?

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik...Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... mungkin makhluk halus ada menetap di situ. Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya...beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...Beberapa doktor memegang Surah Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus...

Masa berputar... pukul 08:00 pagi.. 08:30 pagi sehingga jam 9.00 pagi...tiba-tiba......

Pintu bilik ICU itu terbuka....Kemudian masuklah Makcik Timah, seorang pekerja pencuci sambilan yang hanya bertugas pada setiap hari Jumaat...Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut....soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan agar dapat menghidupkan..vacuum cleanernya....

No comments: