"" THE ROAD NOT TAKEN: Elaun untuk Agong, Permaisuri Agong dan ...

Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, 21 July 2008

Elaun untuk Agong, Permaisuri Agong dan ...

Ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).

Elaun untuk DYMM YDP Agong

Ini budget tahunan untuk Agong dan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).

2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)

3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.


Elaun untuk DYMM Raja Permaisuri Agong

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).

2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong mendapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja baginda. Breakdownnya adalah seperti berikut:

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100.

2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880.


Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong (anda tau tak wujud nya elaun ini?). Setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara: Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup.

Contohnya, Sultan Azlan Syah (bekas Agong), selain dari elaun Sultan yang diperolehi setiap bulan, baginda juga mendapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.

2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kebanyakan Sultan telah pernah dilantik menjadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?


Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa baginda menjadi Agong, balu baginda akan memperolehi pencen ini. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.

2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of the car.

3. Rumah Kerajaan yang akan di selenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000. Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah).


Elaun untuk Sultan dan Sultanah / Raja Perempuan

Elaun untuk Sultan dan kerabat di setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, di negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amountnya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.

2. Elaun keraian Sultan = RM15,480. So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyakRM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaunnya adalah;

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan

2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.


Elaun untuk lain-lain kerabat

Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Isteri Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contohnya, anakanda-anakanda Sultan mendapat elaun dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga mendapat elaun sebanyak RM500 sebulan.


Food for thoughts:
Bayangkan berapa banyak wang cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia dibelanjakan semata-mata untuk mempertahankan nilai dan lambang Kedaulatan Melayu!

No comments: